aku rasa aku sangat perlu untuk buat entri ni.
rasa sangat perlu.kalau tak, aku tak boleh tidur.
opah aku meninggal 15 oktober 2011 pukul 10 malam NOKHTAH!
Penghuraian
Aku pun tak tahu nak huraikan macam mana. rasa macam a lot of things happened at once (sekarang aku tak pedulikan struktur ayat/spelling/rojak)
First things first, yang most current.
aku dekat rumah dini- tengah online. Betul-betul after aku post entri I wanna go home ,
aku dapat call dari abang aku..
"nena, kamu kat mana? nena tau x? opah masuk ward. dia skang dalam hospital kat shah alam. kamu kat mana? bangah nak amik kamu ni"
aku dah gelisah. aku pon bagi la tahu yang aku kat kajang- rumah dini. memang la dia akan bertanya yang lebih lebih. but tak penting sgt.
then bapak aku pulak call..
"ha, nena, opah masuk hospital shah alam. sekarang dah dekat ICU. pak cu, yong semua dah ada kat sana. bapak ingat nak pergi sana subuh esok."
Aku dah sedih. gelisah. (dini dan sekeluarga sedang kusyuk tengok MU vs LIV) hati tak sedap. aku dapat rasakan yang aku tak akan tidur kat rumah dini malam ni.
then tak lama kemudian, abang aku text..
"opah dah meninggal"
.....dengan ayat yang begitu simple. air mata kau dah berjurai. tapi tak teruk. masih boleh control cool, sebab aku tengah ada kat rumah orang. beragak la bro.
aku sedekahkan al-fatihah.
bapak aku call..
"*senyap* *sniff sniff*nena, opah dah tak de. *sniff sniff* esok nena ngan bangah balik ipoh."
aku mengiyakan sahaja.
kemudian abang aku call lagi..
"ha, nena, siap2. bangah datang skang. kita balik ipoh. mintak alamat rumah kawan"
aku dah jadi tak keruan. semuanya berlaku dengan pantas. dengan suara bapak yang serak serak baru lepas menangis. tangisan aku tidak terkawal.
adik aku pon text. bagitahu yang opah aku dah tak ada.
dan cakap yang keadaan parents aku.. susah untuk di describe- aku dah risau.
aku terus text dini. aku tahu yang aku terpaksa bagitahu dia jugak. walaupun aku rasa macam tak nak. sebab mengganggu dia dengan family dia. tapi.. memandangkan ini emergency dan bunyi riuh riuh di tingkat bawah macam dah berkurang, aku masuk line laahh..
huuuu~~~~~ aku rasa aku dah menyusahkan dini n family diaa. tak tahu la. tapi aku rasa macam tu -.-"
jadi, lebih kurang pukul 2 pagi abang aku amik aku, aku sampai ipoh pukul 5 pagi.
pukul 8 lebih mak aku ketuk pintu. kejut suruh bangun. pukul 9.30 nanti nak disembahyangkan.
bangunlah dengan penat, ngantuk dan perut laparnya.
sebelum gerak ke chemor singgah kedai mamak (on the way ke kampung) jap, breakfast. sebab dah kebulur tahap hebat (sampai pukul 9)
perjalanan ke kampung lebih kurang 30-35 mins. (sampai je dah pukul 9.35)
aku sampai, salam beberapa orang strangers, then makcik n kezen aku suruh aku terus naik atas, tengok arwah, cium arwah.
aku bergegas naik. aku dah terlambat. arwah dah dimasukkan ke dalam keranda.
air mata aku jatuh lagi.
selepas dah disembahyangkan (aku tak tahu yang dah selesai)
lama sikit lepas tu, kezens aku nak pergi kubur. aku ikut. aku nak sangat ikut.
sebelum pergi tu, banyak sangat delay. siapa nak pergi dengan siapa. mana orang tu? mana orang ni? dah lambat dah ni!
bila dah sampai kat sana. ya, memang dah terlambat. dah selamat dikebumikan.
tikar dibentangkan dihadapan kubur. lebih kurang 7 anak opah duduk dihadapan dan membaca ayat2 al-Quran.
aku nampak bapak. mata dan hidungnya merah. mata aku bergenang lagi. bergenang saja ye.
dah abis, bapak aku nampak aku dan senyum. dia bergerak ke arah aku dan aku pon gerak.
dia pegang tangan aku..
"bila sampai ni?"
aku cium tangan dia, then aku urut urut tangan dia..
"pukul 5 pagi tadi"
dia pulak urut urut aku .. ehhh??? sape yang console sape niieeehhh??
hati aku jadi gembira sedikit.
_________________________________________________________________
Disebalik.
banyak yang aku fikirkan tentang peristiwa ini.
# Tak kira lah kau umur berapa, tua mana, muda mana, kaya, sederhana, miskin, kau tetap akan menangis kalau mak kau mati.
macam ganas dan macam bodoh je nak cakap benda yang obvious. But, ini yang aku fikir. ada kala kau akan fikir kau hebat. kau boleh buat bodoh kat mak kau. tak ada hal la, mak kau memang akan sentiasa ada kat kampung tu, bila kau nak balik sesuka hati, memang dia akan ada kat sana.
tapi, sekali dia dah tak ada, baru kau tahu.
tapi, walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab family ayah aku memang sangat rapat dengan opah. bapak pon selalu je datang chemor. melawat opah. pakcu, selalu risaukan opah. walaupun dah hidup maju dengan perniagaan semua. still carry opah masuk toilet, urut urut opah.
memang terbaik lah.
okay. seterusnya.
aku fikir.
sebenarnya tuhan dah banyak kali bagi warning, petanda kat aku pasal opah. tapi aku je yang tak faham faham kot?
aku tak habis habis nak balik ipoh. nak sangat. kata rindu- memang rindu pon.
sekali opah meninggal. aku pun balik ipoh- tapi terlambat sampai tak sempat nak tengok opah, cium opah.
masa aku pergi UM. tengok mock trial.
along ada ajak aku pergi rumah yong (aku dah pergi semalam dengan mak, bangah, nenek dan maksu). tapi masa aku pergi tu, opah tak ada lagi. dia petang baru sampai.
jadi along pon ajaklah, sebelum dia berangkat ke german malam tu- kali ni lebih kurang dua bulan.
aku pon dengan jujurnya cakap aku ada hal. aku tak tahu kenapa aku tolak. mungkin aku terasa dengan dia. yela, pentingkan diri dan mengikut perasaan, camne aku nak fikir elok elok?
sekarang aku rasa aku faham kenapa perjalanan aku ke UM sangat mencabar, penuh dugaan dan halangan. lagi lagi masa atap mawar kene sambar petir dan benda tu berlaku depan aku. hati aku dah tak sedap.
hhhhhmmmmmmmmmm.........
yang membuatkan aku lagi terkilan adalah.
tadi kak na datang chemor.
dia cerita kat aku. yang masa dia dan along pergi jumpa dia di rumah yong, opah tanya..
"liyana mana?"
aku.......tak tahu nak kata apa....
last last aku kata la..
"waaahh.. opah ingat nena tuu~~"
bajet nak cover la kan. skali kak na kata..
"aisshh. mesti la ingat, opah selalu tanya nena. setiap kali along dan kakna singgah rumah opah, mesti dia tanya 'liyana mana?' "
FUCK! FUCK! FUCK!
air mata aku dah bergenang.
aku counter balik..
"aik? dia tak tanya pasal bangah pulak?"
kakna tengah flash back..
"heemmm.. tak de pon? rasa nya tak pernah kak na dengar"
.........................
dan dan pulak sebelum tu, aku ada sembang dengan maktam aku. dia terkejut yang aku tak sempat jumpa opah. tak sempat cium opah.
bagi dia sangat pelik.
kalau dia, dia akan bergegas gegas untuk kesana untuk jumpa opah (sanggup skip breakfast). sebab tahu yang takkan jumpa lagi.
dan kalau dia, dia akan jumpa opah kat hospital tu. mintak maaf semua.
FUCK FUCK FUCK
perlulah bagi aku rasa macam ni?
memang orang yang rapat dengan aku semua nak pergi tanpa aku jumpa diorang buat kali terakhir?
tak bagi peluang untuk aku mintak maaf semua?
peluk cium?
mintak halal segala ilmu, makan, minum?
adakah ni memang bukan rezeki aku.. ataupun.. ataupun...
T.T
T.T
kenapa ni?
ya Allah, jangan lah bagi aku buta dengan petandamu ya Allah.
Aku tak nak jadi jahil.
T.T
opah..
persoalan aku pada mak aku..
"mak, nanti kalau nak balik kampung, nak cakap 'balik rumah opah' atau nak cakap 'balik chemor' ?"
ps; This is not how I wanted to come back to ipoh.
Recent Comments